Tanjung Berkias

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ini blog pilihan dan cabang bagi Bebaskan Ekspresi. Blog ini dinamakan Tanjung Berkias. Tanjung Berkias tidak lain hanya kerana di hadapan rumah saya terdapat sepohon bunga tanjung yang sesekali meneduhkan kereta saya daripada panas dan bau bunganya yang kerap gugur sentiasa wangi mengharum. Analogi yang mudah, moga blog ini dapat meneduhkan, dan memberi kiasan tentang apa sahaja, jika ada yang beranggapan sebagai kiasan atau sebaliknya.

Blog ini sekadar blog peribadi yang membawa pendekatan sederhana yang pengisiannya pelbagai tentang apa sahaja, yang wajar. Minat dan kecenderungan saya adalah bidang bahasa dan sastera. Dalam bidang akademik, saya sangat bersyukur dan senang hati kerana dapat menguliti bidang pedagogi dan aplikasi linguistik dan stilistik. Tentunya, untuk manfaat pelajar-pelajar saya, dan sesiapa yang meminati bidang ini. Selebihnya bidang-bidang lain jika saya sentuh mungkin secara umum atau pada aras yang asas dan sederhana.

Kepada kawan-kawan sealiran (tenaga akademik dan karyawan sastera), juga pembaca umum  serta pelajar-pelajar, saya mengalu-alukan sebarang pandangan, pendapat dan teguran membina, sambil  mengakui bahawa segala yang ada pada kita terlalu sedikit berbanding orang terdahulu dan terlalu kecil berbanding tingginya dan luasnya kudrat Ilahi.

Dan sesungguhnya juga, hayat kita tidak lama, menumpang di dunia sementara. Sebelum ke alam kekal abadi.


2 comments

  1. Apabila manusia mau berhenti menjadi manusia. Pada masa itu adakah kemanusian akan diambil alih oleh binatang dan pokok Jiwa manusia hanyalah mau hidup dan tak mau menerima kematian. Takut dan menggigil ketika mata malaikat liar datang menjenguknya. Malaikat yang datang memberi salam dijawab maki. Arahan Tuhan adalah satu tawar-tawar yang murah. Manusia mahu keajaiban yang lebih tinggi dari mukjizat, bahkan lebih dari itu manusia meminta…………….ayat ckgu yg bnyak krja….


Leave a comment