16 mei tarikh rasmi sambutan hari guru. pada sambutan hari guru, guru-guru di sekolah akan menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia diikuti dengan amanat dan ucapan menteri dan ketua pengarah yang sangat tinggi bahasa dan slogannya. sesetengah guru menanyakan diri tentang duduknya diri sebagai guru itu atas tujuan apa. sesetengahnya cukup perasa, memikirkan sedalam-dalam tentang fungsi, keikhlasan dan tanggungjawab yang besar itu. sesetengahnya biasa-biasa saja sambil memikirkan banyak atau tidak hadiah yang diterima tahun ini. saya sangat menghormati guru kerana dunia ini sangat dekat sebagai kerjaya, dan hidup saya. selamat hari guru kepada semua yang bergelar guru. istimewa untuk guru yang saya sayangi, isteri saya.
SELAMAT HARI GURU
special 4 en. ariff. terima kasih di atas jasa dan ilmu yang yang dicurahkan selama ini.
(AT05 -BATCH BM2005-2009)
SELAMAT HARI GURU
Teruskan budimu sebagai guru, walau di mana letakmu sebagai GURU.
Memetik sebuah puisi yang berbunyi……
Guru sejati insan bijaksana,
Tugasan diberi beres sempurna.
Tegur nasihat untuk kebaikan,
Mengasuh, mendidik demi kebajikan.
Marahnya sayang bencinya kasih,
Mulutnya manis hatinya bersih.
Guru sejati utamakan kecemerlangan,
Pelajar bergaya ke arah kegemilangan.
Guru sejati sentiasa proaktif,
Tenang tenteram berfikiran positif.
Guru sejati memanusiakan manusia,
Demi keamanan bukan sia-sia.
Guru sejati guru bestari,
Hidup bermotivasi jati diri.
Guru sejati berbudi bahasa,
Berkhidmat demi nusa dan bangsa.
Dari muridmu,
Cikgu Zaiton bt Ghazali,
Guru B. Malaysia,
SMK Jinjang, Kuala Lumpur
@
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000797074752&ref=profile