dalam hati tersimpan untuk dinyatakan. dalam fikiran teringat-ingat untuk dilafazkan. namun tersimpan begitu sahaja, seketika memendam, seketika terlupakan. suara. dalam ketika tertentu terkeluar juga yang ingin dinyatakan. sering memikirkan kemungkinan, sering tercetus menjadi lintasan-lintasan suara baru yang kembali diingatkan kewajaran. saya, dalam banyak keadaan mahu diam, dan selebihnya terpecah menjadi suara. dan kenyataan pun berenang-renang dalam hati dan fikiran orang lain untuk difikirkan, atau hilang dibawa angin.