ruang kreatif, saya bercerita dengan cara saya. pada masa kini ruang kreatif ditumpahkan di hadapan skrin laptop. berbeza dekad terdahulu mengetuk mesin taip hingga terperasan jiran sebelah menjeling sinis pagi esoknya kerana bunyinya terdengar hingga lewat malam. penulisan kreatif yang digulati hampir menyamai kraf anyaman sebuah tikar mengkuang. proses ini asli, memerlukan ketekunan, kemahiran dan kreativiti. ada ketika selesa dan seronok, sesekali rasa terseksa. kemudian bersyukur jika hasilnya dapat dilihat dan sifat sempurna bukan diri sendiri yang menentukannya.