selalunya dalam bulan disambut hari bapa. bapa, ibarat sebuah institusi terkecil yang berada di rumah, malah di hati kita sebenarnya. dia cepat mengingat, cepat memberi nasihat, mewaspadakan keperluan dan mewajarkan tindakan. sesekali seperti payung yang meneduhkan, sesekali seperti pohon yang meredupkan, mencambahkan ranting dan mengeluarkan buah-buahan enak. sesekali ibarat guruh yang menggetarkan. bapa, apak, abah, ayah, abi, papa, atau apa sahaja panggilan, ialah lelaki terhebat yang dilahirkan untuk kita.