waktu untuk duduk, menatap langit. merasakan diri terlalu kecil di bawah iradat dan kuasa Ilahi. merenung hakikat perjalanan, menanyai diri. mencatat pada organiser sebagai perencana, daya dan upaya ada kalanya tersangkut. ketika kekuatan datang segala-gala bersemarak, sesekali lemas dan rangup ditandai cabaran dan keadaan. saya, mahu berfikir sebaik-baiknya, sebanyak-banyaknya.