rasa itu datang terutama pada saat-saatnya. satu keputusan yang diterima dibahagi dua yang seluruhnya menyatu dalam kesyukuran. satu, kegembiraan kerana berita baik. dua, kekecewaan kerana berita yang dukacita. rasa gembira mengisyaratkan cabaran juga, menduga-duga langkah untuk esok dan seterusnya. rasa kecewa, walaupun terasa sedikit putus asa, namun mengisyaratkan cabaran juga agar lebih baik untuk esok dan seterusnya. pagi ini, saya bercerita dengan kawan tentang berita yang diterima. selebihnya dalam hati yang merasa.