dewan sastera bulan ini memfokuskan s.m zakir sebagai karyawan. jika tidak silap, inilah pertama kali s.m zakir diberi peluang dalam ruangan ini. sepatutnya lama sebelum itu. dan entah kenapa, penulis yang jauh terkebelakang pencapaiannya berbanding s. m zakir diberi perhatian dalam majalah utama bidang sastera di tanah air ini. dengan rasa hormat sebagai teman seperjuangan dan teman minum teh tarik, saya tidak menafikan kekaguman terhadap keupayaan dan pencapaian beliau dalam penulisan kreatif juga esei dan kritikan.